Buktikan kekuatan parti melalui sokongan akar umbi – Wawasan Johor

WAWASAN Johor mahu memastikan kekuatan parti tidak hanya kelihatan pada struktur kepimpinan tetapi dapat dibuktikan melalui sokongan akar umbi, khidmat kepada masyarakat dan keupayaan memahami serta memperjuangkan isu rakyat.

Sehubungan itu, Penyelaras Majlis Perhubungan Wawasan Negeri Johor Datuk Zulkifli Bujang mempelawa seluruh Bangsa Johor yang berminat untuk mengenali parti dengan lebih dekat agar menghubungi Ketua-Ketua Bahagian (Penaja) di kawasan masing-masing.

‘’Pintu Wawasan Negara sentiasa terbuka kepada rakyat daripada pelbagai kaum, agama, latar belakang profesional dan lapisan masyarakat yang mahu bersama-sama membina sebuah negara yang lebih harmoni serta bersatu dalam sebuah konsensus nasional, katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Wawasan Johor akan terus bekerja secara tersusun bagi memastikan setiap bahagian berfungsi sebagai pusat gerak kerja rakyat, bukan sekadar organisasi yang diwujudkan untuk menghadapi pilihan raya.

Sebahagian daripada Ketua Bahagian (Penaja) Parti Wawasan menerima watikah pelantikan.

Sambil mengucapkan tahniah kepada 160 Ketua Bahagian (Penaja) seluruh negara yang menerima watikah semalam, Zulkifli berkata, pelantikan tersebut hadir bersama amanah kepada setiap bahagian untuk memperkukuh keahlian dan membina cawangan berdasarkan Pusat Daerah Mengundi (PDM).

‘’Wawasan Johor bersedia menyahut tugasan tersebut dengan penuh tanggungjawab. Sehingga kini, watikah pelantikan telah diserahkan kepada Ketua Bahagian (Penaja) bagi 22 daripada keseluruhan 26 bahagian di negeri ini. Empat bahagian selebihnya kini berada pada peringkat penilaian akhir,’’ katanya.

Beliau memberitahu, Watikah pelantikan dijangka diserahkan kepada mereka dalam masa terdekat selepas proses penelitian diselesaikan bagi memastikan individu yang dipilih mempunyai kesediaan, kewibawaan dan keupayaan untuk membina organisasi yang kukuh di kawasan masing-masing.

‘’Ini merupakan permulaan kepada tanggungjawab yang lebih besar untuk memperluas keahlian, membentuk cawangan, memperkemas jentera dan mendekati masyarakat secara berterusan.

‘’Selaras dengan ketetapan parti, setiap bahagian akan digerakkan untuk mencapai sasaran minimum 1,000 ahli serta menubuhkan cawangan berdasarkan jumlah PDM di kawasan Parlimen masing-masing.

‘’Pelaksanaan ini penting bagi membentuk organisasi yang tersusun, inklusif dan benar-benar bersedia menghadapi PRU-16,’’ katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here