NADI contoh kerajaan bawa kemudahan teknologi ke akar umbi, kata PM

PUSAT Sebaran Maklumat Nasional (NADI) adalah contoh pendekatan kerajaan dalam membawa kemudahan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) ke peringkat akar umbi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, Malaysia  antara negara yang membawa kemudahan teknologi digital hingga ke kawasan daerah melalui pusat NADI yang diwujudkan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Malaysia ini satu-satunya negara di mana AI dan teknologi itu kita bawa ke daerah-daerah. Tiap DUN ada satu atau dua pejabat NADI. Sampai ke Pulau Banggi, di hujung Sabah kita buat. Cukup? Belum cukup. Ramai yang tak tahu apa dia NADI. Ramai anak-anak yang tak memanfaatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian Majlis Peluncuran Skim Usahawan Bangkit (SUB) MADANI Permatang Pauh di Dewan Yayasan Aman, Penanti hari ini.

Anwar berkata, kewujudan pelbagai program dan kemudahan tidak mencukupi sekiranya rakyat yang menjadi sasaran tidak mengetahui atau memanfaatkannya.

Justeru, katanya, pelaksanaan SUB perlu digerakkan bersama pelbagai inisiatif lain, termasuk NADI dan Amanah Ikhtiar, menerusi pendekatan turun padang bagi mendekati golongan sasaran.

Perdana Menteri menjelaskan, kerajaan membelanjakan berbilion bagi melaksanakan pelbagai program untuk rakyat, namun cabaran sebenar adalah memastikan manfaatnya tidak tersangkut atau bocor sebelum sampai kepada golongan sasaran.

“Melalui ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri, saya kerah semua jabatan-jabatan berkenaan, berpuluh jabatan. Berpuluh bilion ringgit belanja. Kadang sampai, kadang bocor. Kadang beri manfaat, kadang tiris,” katanya.

Beliau berkata, ICU akan digunakan untuk menyelaras pelaksanaan program membabitkan pelbagai kementerian dan agensi bagi memastikan penyampaiannya lebih berkesan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here