Pengusaha wanita rugi hampir RM250,000 terperdaya sindiket pelaburan tak wujud

AKIBAT terperdaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud, seorang pengusaha kelapa sawit di Tangkak mengalami kerugian hampir RM250,000.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, wanita berusia 56 tahun itu terjebak dengan sindiket itu selepas melihat iklan di media sosial pada 6 Mei lalu.

Katanya, suspek memperdaya mangsa dengan menawarkan pulangan modal yang sangat tinggi jika  menyertai pelaburan berkenaan.

“Mangsa berminat dan menyertai skim dikenali ‘Quantsea X’ di TikTok serta melakukan 18 transaksi berbeza ke dalam tiga akaun diberikan suspek berjumlah RM245,403.

“Transaksi itu bermula 1 Julai sehingga 22 Ogos lalu. Mangsa menyedari ditipu sebaik tidak menerima tawaran dijanjikan,” katanya dalam kenyataan.

Roslan berkata, susulan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak untuk tindakan lanjut.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran lumayan dalam masa singkat,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here