Penunggang motosikal maut, dua lagi cedera parah kemalangan empat kenderaan

SEORANG penunggang motosikal maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 127.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Kepala Batas hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Lim Chai Wat, 50, manakala pembonceng motosikal Tee Seew Yong, 50, dan seorang lagi penunggang motosikal Kan Chee Hong, 50, yang menunggang Yamaha MT-09 mengalami kecederaan parah.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 1.04 tengah hari sebelum jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas digerakkan ke lokasi.

“Kemalangan melibatkan dua kereta Perodua Myvi dan dua motosikal. Dua lelaki yang memandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Lelaki yang maut adalah penunggang Honda Silverwing GT dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan sebelum mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dua lagi mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut dan operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada 3.05 petang.

Kemalangan itu turut menyebabkan kesesakan teruk kira-kira lima kilometer di laluan dari Kepala Batas ke Sungai Dua.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here