Mangsa ketiga tragedi lemas di Pantai Tanjung Lompat ditemukan terapung 5km dari lokasi

MANGSA ketiga yang dilaporkan hilang dalam tragedi lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Lompat, Tanjung Balau di Bandar Penawar, ditemukan di Tanjung Siang iaitu kira-kira 5 kilometer dari lokasi kejadian.

Muhammad Adib Hafiy Kamal, 16, ditemukan terapung oleh pasukan penyelamat dan orang awam pada jam 11.15 pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintenden Mohd Syamsuri Mohamad ketika dihubungi mengesahkan penemuan itu.

“Mangsa dibawa naik ke Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) jam 11.45 pagi bagi proses pengecaman oleh waris.

“Selepas disahkan waris, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat,” katanya, lapor Sinar Harian.

Media sebelum ini melaporkan, dua daripada empat remaja berusia 16 tahun itu ditemukan meninggal dunia akibat lemas.

Kedua-dua mangsa iaitu Alif Taqiuddin Kamal Hasrul ditemukan jam 1.15 petang kelmarin manakala Muhammad Thaqif Rayyan Rumainoor ditemukan jam 1.53 petang semalam. Kedua-duanya berusia 16 tahun.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketiga akan tertumpu kepada mengesan seorang lagi mangsa, Muhammad Haiman Fitri Supian, 16.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here