Tiga terselamat, Bezza dinaiki rempuh gajah melintas

TIGA individu terselamat selepas Perodua Bezza dinaiki mereka merempuh seekor gajah melintas di Kilometer 49, Jalan Johor Bahru-Mersing di Kota Tinggi malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 10.50 malam itu berlaku ketika kereta yang dipandu lelaki tempatan berusia 30 tahun bersama dua penumpang dalam perjalanan dari arah Kota Tinggi menghala ke Mersing.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, siasatan awal mendapati seekor gajah melintas jalan dari arah kanan secara tiba-tiba.

“Keadaan itu menyebabkan pemandu Perodua Bezza berkenaan tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang gajah terbabit.

“Dalam kemalangan itu, pemandu serta kedua-dua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Yusof turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan mematuhi undang-undang serta peraturan-peraturan yang ditetapkan demi menjaga keselamatan bersama semasa di jalan raya.

Terdahulu, tular video daripada rakaman papan pemuka kenderaan itu yang berdurasi enam saat memaparkan insiden pelanggaran berkenaan.

Menerusi video itu, kelihatan dua gajah dengan seekor berada di bahu jalan sebelah kanan kenderaan dan seekor lagi di tengah jalan.

Gajah yang di tengah jalan itu dilihat terus berlari ke kiri jalan dipercayai ke arah hutan sebaik pelanggaran berlaku.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here