Lelaki meninggal dunia ketika panjat pokok duku

SEORANG lelaki berusia 52 tahun ditemukan meninggal dunia di sebuah kebun duku di belakang stor baja berhadapan Pejabat Pertanian Padang Ipoh, Kampung Lebak, Hulu Terengganu, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian itu kira-kira jam 11.30 malam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa pergi ke kebun berkenaan seorang diri untuk memanjat pokok duku yang dipajak majikannya.

“Mangsa bagaimanapun disedari tiada apabila majikannya pergi ke kebun berkenaan untuk mengambil buah duku yang sudah dipetik, namun tidak menemui mangsa.

“Majikannya kemudian bertindak memberitahu ahli keluarga mangsa mengenai perkara berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sharudin berkata, majikan bersama ahli keluarga mangsa kemudiannya menjalankan usaha mencari di sekitar kawasan kebun.

“Mangsa akhirnya ditemui dalam keadaan tertiarap di bawah bukit berhampiran oleh abang sulungnya.

“Pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Kuala Berang yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata, jenazah mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk proses bedah siasat.

Dalam pada itu, polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengutamakan keselamatan dan memaklumkan kepada ahli keluarga atau kenalan terdekat sekiranya melakukan sebarang aktiviti seorang diri.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here