Lelaki meninggal dunia ketika sertai pertandingan sepak penalti

SEORANG lelaki yang menyertai pertandingan bola sepak di Residensi Prima Bandar Ekar Rantau, Seremban tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayatnya dibawa ke hospital.

“Pada jam 11.35 pagi, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menerima maklumat mengenai seorang lelaki yang dikatakan rebah ketika menjadi penjaga gol pertandingan sepakan penalti.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah di tempat kejadian. Pertandingan berkenaan anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) cawangan Rembau,” katanya dalam  kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketika kejadian, isteri lelaki berusia 45 tahun itu turut berada di padang bola sepak untuk memberi sokongan moral.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, mangsa mempunyai sejarah sakit jantung dan menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di Serdang.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img