Siasatan Felda: SPRM tahan dua individu termasuk Datuk

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua individu termasuk seorang bergelar Datuk yang juga bekas Pengarah Besar sebuah badan berkanun, kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah berkaitan pelantikan syarikat pemaju bagi sebuah projek di Kuala Lumpur.

SPRM memaklumkan, kedua-dua lelaki berusia lingkungan 60-an dan 50-an itu dipercayai ditahan kira-kira jam 4 petang tadi selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Kedua-duanya turut dipercayai terbabit dalam urusan penjualan tanah milik badan berkanun berkenaan kepada sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan dengan syarikat pemaju, tanpa pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah dan anak syarikat.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi mendapatkan perintah reman,” kata kenyataan yang dikeluarkan SPRM hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan, kes ini disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here