Hampir 190,000 pekerja GLC, GLIC nikmati gaji RM3,100 sebulan – Amir Hamzah

HAMPIR 190,000 pekerja syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) kini menikmati pendapatan sekurang-kurangnya RM3,100 sebulan, sekali gus mencapai penanda aras gaji kehidupan wajar.

Sehubungan itu Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, penetapan gaji wajar RM3,100 yang diamalkan dalam GLC dan  GLIC menjadi pemangkin kepada syarikat swasta untuk menawarkan pendapatan lebih baik kepada pekerja.

“Kita harap kerana GLC dan GLIC telah menyambut gaji wajar itu, syarikat lain perlu bersaing dengan mereka. Bila mereka bersaing, kalau mereka mahu bakat yang lebih baik, mereka bayar dengan kadar wajar,” katanya kepada media ketika mengadakan lawatan ke Balai Berita Media Prima Berhad, Kuala

Beliau berkata,peningkatan gaji secara berperingkat akan membantu meningkatkan paras penggajian keseluruhan negara, termasuk membolehkan gaji minimum dan gaji pekerja separa mahir terus dipertingkatkan.

Katanya,  usaha meningkatkan paras penggajian negara dimulakan kerajaan dengan menaikkan gaji minimum kepada RM1,700, selain pelarasan gaji penjawat awam antara 15 hingga 30 peratus melalui dua fasa kenaikan.

“Usaha kita yang ketiga ialah untuk memastikan sebagai satu penanda aras untuk negara, kita menggalakkan GLC dan GLIC untuk letak penanda aras baharu ke dalam negara.

“Kerana mereka ada perniagaan yang berkembang dengan baik, mereka ada kemampuan, jadi mereka digalakkan untuk menyambut gaji wajar RM3,100,” katanya.

Amir Hamzah berkata,  peningkatan gaji perlu disokong dengan penyediaan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti tinggi, khususnya dalam sektor berimpak tinggi seperti semikonduktor, elektrik dan elektronik (E&E) serta digital.

“Pelaburan diluluskan kita pun nampak lebih tinggi, pelaburan langsung asing meningkat dan peranan yang dimainkan oleh GLIC juga tinggi. Peluang pekerjaan akan naik juga. Kita berharap ini akan menjadi asas baharu untuk negara,” katanya.

Sementara itu, menyentuh mengenai Belanjawan 2027, Amir Hamzah berkata isu kos sara hidup, penyediaan pekerjaan lebih baik dan memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih seimbang antara perkara yang akan diberi penekanan dalam pembentangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 9 Oktober depan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here