Kerajaan negeri Sarawak salur RM100,000 kepada keluarga mangsa helikopter terhempas

KERAJAAN negeri Sarawak akan menyalurkan sumbangan RM100,000 kepada setiap keluarga petugas yang terlibat dalam kejadian helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di Long Lellang di Ulu Baram semalam.

Kerajaan negeri dalam satu kenyataan menerusi media sosial Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) memaklumkan, pihaknya juga akan menanggung sepenuhnya yuran pendidikan anak-anak mangsa yang masih bersekolah melalui Yayasan Sarawak.

“Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersetuju agar bantuan berkenaan disalurkan sebagai tanda keprihatinan kerajaan Sarawak bagi membantu meringankan beban keluarga dan waris terlibat.

“Tanggungan penuh yuran pendidikan itu turut mencerminkan penghargaan terhadap pengorbanan para petugas berkenaan yang telah memberikan perkhidmatan kepada rakyat, khususnya masyarakat di kawasan pedalaman,” kata kenyataan UKAS yang dikeluarkan hari ini.

Semalam, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport), Ulu Baram kira-kira 929 kilometer dari Kuching.

Menurut CAAM, pihaknya menerima maklumat tentang kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada 3.58 petang dan helikopter tersebut sedang menjalankan operasi penerbangan FDS.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here