Polis sahkan identiti dua mangsa maut nahas Honda Civic-Toyota Hilux

POLIS hari ini mengesahkan identiti dua lelaki yang maut dalam kemalangan di Jalan Gambang-Maran berhampiran simpang Kampung Paya Rambutan, Kuantan, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, kedua-dua mangsa ialah Muhammad Daniel Haiqal Abdullah, 17, dan Mohd Sharul Sufriyanto, 40.

Katanya, berdasarkan maklumat diterima jam 1.45 petang tadi, kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu kereta Honda Civic dan pacuan empat roda Toyota Hilux.

“Siasatan awal mendapati pemandu pacuan empat roda berusia 41 tahun dalam perjalanan dari arah Sri Jaya, Maran menghala ke Paloh Hinai, Pekan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu Muhammad Daniel Haiqal dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan pacuan empat roda.

“Akibat kemalangan itu, pemandu dan penumpang hadapan kereta meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Manakala pemandu pacuan empat roda cedera di bahagian kepala, tangan dan kaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk bedah siasat.

Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here