BN tak payah fikir lagi pasal MIC,MCA…PH kan ada

SUARA AWANG SELAMAT

 AHMAD Zahid Hamidi menyatakan BN bersedia jika MIC memutuskan untuk keluar daripada gabungan itu dan bersikap terbuka dengan. apa jua keputusan kepimpinan MIC.

Kata Pengerusi BN itu,’’Kami terbuka, dulu kami ada 14 parti komponen dalam BN dan tidak ada paksaan sama ada untuk masuk atau keluar. Jadi, tentunya mereka akan buat sesuatu keputusan yang bijak bagi menentukan gabungan mana yang mereka akan sertai asalkan mereka tidak menyesal kemudian hari.’’

Bagi Awang, baguslah kalau Ahmad Zahid buat pendirian macam itu. Dulu mungkinlah BN khususnya UMNO perlu sokongan parti-parti lain untuk kukuhkan BN tetapi sekarang tidak perlu lagi, sebab BN bukanlah parti tonggak dalam pemerintahan negara pun.

Sebaliknya, BN kini hanya menjadi salah satu parti dalam kerajaan. Satu hal lagi  BN bukannya hendak jadi Perdana Menteri atau parti dominan dalam kerajaan. Sebabnya Presiden PKR, Anwar Ibrahim mendapat sokongan padu parti-parti lain termasuk UMNO untuk terus jadi PM jika PH-BN menang PRU-16.

Bukan UMNO tak ada calon..ada calon tu walaupun yang pastinya bukan Ahmad Zahid tetapi UMNO dah buat keputusan nak jaga kestabilan politik, jadi tak kan UMNO nak tanding cabar PH dalam PRU-16…betul tak?

Jadi buat apa Ahmad Zahid hendak pening kepala dengan kerenah MIC, MCA. Kalau kedua-dua parti itu bersama BN pun tak apa, nak keluar BN pun tak ada masalah. BN (UMNO) boleh minta tolong PKR dapat sokongan undi kaum India manakala DAP boleh bantu dapatkan undi kaum Cina.

Awang tengok  sekarang ini pemimpin UMNO  kat negeri-negeri pun dah selesa bersama PH. Jadi senanglah nanti bila PRN kat Melaka dan Johor atau PRU-16, mereka saling membantu untuk memastikan kekuatan Kerajaan MADANI terus dipertahankan.

Oleh itu terserah kepada MCA, MIC untuk keputusan dan menyatakan pendirian. Awang pun faham kenapa mereka ‘merajuk’. Bukan soal jawatan sangat. Kalau soal jawatan MCA pernah tak nak masuk Kabinet semasa BN memerintah kerana prestasi dalam PRU. Manakala MIC pula, mungkin la mula-mula terasa sebab tak dapat jawatan dalam Kabinet, tetapi mereka pun faham, PKR dan DAP pun ramai boleh jadi menteri.

 MCA MIC tak perlu risau keluar BN dan tak akan menyesal sebab mana ada parti komponen BN yang tinggalkan gabungan itu menyesal. Mereka lebih berjaya ada la…tengoklah parti-parti kat Sabah dan Sarawak, betapa hebatnya mereka kini..ada ketika macam jadi penentu pula dalam tindakan kerajaan.

Kalau MCA MIC mahu bergabung dengan Perikatan Nasional pun ok. Mungkin bukan sebagai komponen tetapi ada dasar persefahaman bertanding di kerusi tertentu dan bila PN menang pilihan raya boleh tubuh kerajaan bersama-sama…macam UMNO buat sekarang dan pada PRU-16 nanti.

Awang harap MIC jangan terasa sangat dengan apa yang Ahmad Zahid cakap..betullah kata beliau, BN terbuka dan disebabkan keterukaan itulah..lepas ni  BN akan tinggal UMNO sahaja. Tetapi tidak mengapa..PH kan ada..bolehlah UMNO tumpang kuasa lagi walaupun menang tak banyak kerusi dalam PRU-16…jangan ‘ruyup’ atau ‘tersisih awal’ sudah la.

Awang : Khabarnya Warisan mendahului di Sabah…

 


 

UNDILAH

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img