KETIKA spekulasi berhubung kedudukan MIC dalam Barisan Nasional (BN) hangat diperkatakan, kemunuculan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama Timbalan Presiden MIC M Saravanan Little India, Brickfields hari ini mencuri perhatian.
Kehadiran mereka di majlis perasmian sebuah kedai emas di situ menguatkan lagi spekulasi berhubung bahawa MIC sedang mempertimbangkan untuk bersama PN pada PRU-16 nanti.
Azmin, yang juga ADUN Hulu Kelang merasmikan pembukaan sebuah premis perniagaan emas milik usahawan tempatan, manakala Saravanan hadir sebagai pemimpin masyarakat India di kawasan itu.
Turut hadir ADUN Taman Medan Afif Bahardin, Ketua Pemuda Bersatu Hilman Idham yang juga ADUN Gombak Setia.
Ketua Penerangan Pemuda Bersatu, Harris Idaham Rashid, yang turut menyertai majlis itu ketika dihubungi portal FMT mengesahkan kehadiran dua tokoh daripada blok berlainan terbabit.
Tidak jauh dari lokasi itu, berlaku penganjuran majlis rumah terbuka Deepavali peringkat kebangsaan yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Semalam, Pengerusi BN Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagaikan ‘memberi restu’ kepada MIC untuk meninggalkan BN apabila menyatakan BN terbuka menerima apa sahaja keputusan MIC berhubung kedudukan mereka dalam parti yang kehilangan kuasa pada PRU-14 lalu selepas memerintah selama 61 tahun.
Selepas kekalahan tersebut satu demi satu parti yang bergabung di dalam BN mula meninggalkannya. Dan kini BN berhadapan pula dengan krisis yang mungkin menyaksikan dua lagi parti komponen melakukan tindakan yang sama.
Awal bulan ini, sumber MIC memberitahu FMT parti itu melihat PN sebagai ‘cahaya di hujung terowong’ selepas hubungan dengan BN dilihat semakin renggang.
Bulan lalu, beberapa pemimpin muda MIC hadir ke Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda Bersatu yang mencetuskan persoalan sama ada ia isyarat kepada hubungan semakin ‘rapat’ antara MIC dan PN.
UNDILAH |
[forminator_poll id=”4900″]


