Sidang ASEAN: Tiada ‘total lockdown’ hanya sekatan di kawasan tentu, tiada keperluan jangan masuk KL

TIADA ‘total lockdown’ dilaksanakan sempena sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, sebaliknya hanya sekatan dan kawalan di kawasan tertentu untuk memastikan keselamatan semua delegasi.

Bagaimanapun Timbalan Pengarah (Gerakan/Operasi) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Fisol Salleh menasihatkanpengguna jalan raya supaya tidak keluar tanpa keperluan mendesak bagi mengelak kesesakan di kawasan tumpuan dan laluan utama di sekitar Kuala Lumpur.

“Kalau ada keperluan mendesak seperti isteri hendak bersalin atau hal kecemasan lain, pihak polis akan bantu pandu. Tetapi kalau hanya mahu keluar untuk melihat-lihat, saya rasa tidak perlu,” katanya pada sidang akhbar di Hangar Lapangan Terbang Lama, Bandar Malaysia, Kuala Lumpur.

Fisol berkata, selain sekolah yang beralih kepada PDPR, pejabat kerajaan juga mengambil pendekatan bekerja dari rumah, manakala sektor swasta digalakkan menyesuaikan jadual kerja bagi mengurangkan pergerakan warga kerja di ibu negara.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya mengelak berada di sekitar ibu negara sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bagi membantu kelancaran operasi kawalan keselamatan dan lalu lintas.

‘’ Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) serta arahan bekerja dari rumah kepada sebahagian kakitangan kerajaan juga bertujuan mengurangkan kesesakan di ibu kota,’’ katanya.

Fisol berkata, pihak trafik sudah mula menjalankan hebahan kepada orang awam mengenai lencongan dan kawalan beberapa laluan utama sepanjang tempoh persidangan itu berlangsung.

“Hebahan kepada orang awam sudah dibuat dan akan diteruskan secara menyeluruh oleh pihak trafik serta Bukit Aman bagi memaklumkan kawasan yang terbabit dengan kawalan keselamatan,’’ katanya.

 


 

UNDILAH

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img