Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu masih ditutup sementara

LANDASAN di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu masih ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja penting disiapkan dengan selamat, susulan hujan berterusan yang menjejaskan kemajuan kerja-kerja berkenaan.

Malaysia Airports dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan sementara itu telah menjejaskan 20 penerbangan pada hari ini dan pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan syarikat penerbangan untuk menguruskan kesan operasi serta membantu penumpang yang terjejas.

“Keselamatan kekal sebagai keutamaan kami dan operasi penerbangan hanya akan disambung semula apabila landasan disahkan selamat untuk digunakan. Kami memohon maaf atas kesulitan yang timbul serta menghargai kesabaran anda dalam memahami situasi ini,” menurut kenyataan itu.

Malaysia Airports juga menasihatkan semua penumpang supaya menyemak status penerbangan terkini secara terus dengan syarikat penerbangan masing-masing.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa kawasan di Sabah, termasuk Sandakan, Tawau, kawasan pedalaman, Pantai Barat (Ranau dan Papar) serta Wilayah Persekutuan Labuan, setakat 11 malam ini.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here