Anwar harap MB, Kerajaan Negeri Sembilan tidak tunduk tekanan politik

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Kerajaan Negeri Sembilan, khususnya Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim tidak tunduk kepada tekanan politik berhubung isu kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Beliau berkata, isu membabitkan sistem Raja Berperlembagaan perlu ditangani dengan mengutamakan Perlembagaan dan peraturan yang ditetapkan.

“Saya harap Kerajaan Negeri, Menteri Besar lebih tuntas pendirian, tidak berdolak-dalik dan tidak tunduk kepada tekanan-tekanan politik kerana ini soal Raja Berperlembagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Surau Nur Perdana, Presint 10 di Putrajaya hari ini, lapor Buletin TV3.

Kemelut proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan terus tegang apabila Ismail semalam mengesahkan proklamasi diputuskan secara sebulat suara oleh semua ahli Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada Selasa lalu.

Pada masa sama, Dewan Undang Khas (DUK) pula menegaskan Tuanku Muhriz kekal sah sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan, Raja Norazli Raja Nordin semalam menegaskan keputusan Exco kerajaan negeri itu tidak mempunyai kesan undang-undang kerana perkara itu di luar bidang kuasa kerajaan negeri.

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here