Bekas juruteknik didakwa bunuh isteri

SEORANG bekas juruteknik didakwa di Mahkamah Majistret Kulim, hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya dengan menikam mangsa di rumah mereka, 14 September lalu.

G Vikneswaran, 43, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nur Hamizah Mat Shah.

Tiada pengakuan direkodkan bagi pertuduhan itu kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Bapa kepada seorang anak lelaki itu didakwa menyebabkan kematian S Sila, 39, di sebuah rumah di Taman Tiram, Kulim, antara jam 6.30 petang hingga 9.04 malam pada 14 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sebatan minimum 12 kali jika tidak dihukum mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S Preeyaa, manakala tertuduh yang menyerah diri kepada polis selepas kejadian tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 8 Disember depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat dan laporan kimia.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here