Penuntut Politeknik lemas ketika mandi di kawasan rekreasi Sungai Sedim

SEORANG penuntut sebuah Politeknik di Kedah ditemukan lemas di kawasan rekreasi Sungai Buluh, Sedim di Karangan, Kulim hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu, mangsa, Wan Muhammad Adam Wan Mohd Hazan Amri, 20, beralamat di Presint 15, Putrajaya datang ke kawasan rekreasi itu bersama rakannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintenden Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng berkata, pada jam 4.01 petang, anggota di bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuim menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan terdapat kejadian orang lemas di Sungai Sedim.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa bersama tiga lagi rakannya yang menuntut di sebuah Politeknik di negeri ini pergi ke kawasan rekreasi berkenaan pada jam 3 petang untuk mandi.

“Ketika mangsa sedang mandi bersama dua rakannya, mereka dikatakan hanyut dibawa arus dan mangsa tidak dapat diselamatkan sebelum tenggelam dalam air.

“Dua rakannya pula berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Tengku Mohd Faisal berkata, rakan mangsa turun semula ke dalam sungai dan berjaya menarik mangsa yang lemas ke tebing sungai.

“Mayat mangsa ditemukan pada jarak lebih kurang 10 meter dari lokasi mereka dihanyutkan. Rakannya menaikkan mangsa sendiri sebelum meminta bantuan penduduk kampung untuk menghubungi polis.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img