Polis kenal pasti sindiket seludup PATI berpangkalan di Tak Bai

POLIS Kelantan mengenal pasti sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berpangkalan di Tak Bai, Thailand, dan dipercayai aktif membawa masuk PATI ke negeri ini melalui laluan laut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusuff Mamat berkata, kumpulan terbabit dikenal pasti sangat agresif dalam kegiatan membawa masuk PATI ke Kelantan.

Menurutnya, pihaknya sudah menghantar surat kepada pihak berkuasa Thailand bagi memaklumkan kegiatan kumpulan terbabit untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini kita sudah menghantar surat kepada pihak berkuasa Thailand bagi memberi maklumat berhubung kegiatan kumpulan terbabit untuk tindakan lanjut.

“Mereka ini akan membawa masuk PATI menerusi laluan laut sebelum ke Sungai Kelantan di sekitar Tumpat.

“Sekarang ini kita sedang memantau,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, hari ini, lapor TV3.

Beliau berkata, modus operandi penyeludupan PATI kini banyak menggunakan laluan laut berbanding sebelum ini yang menggunakan pangkalan haram.

Katanya, perubahan modus operandi itu berlaku selepas pihaknya melakukan perobohan terhadap pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here