Anwar ke China teruskan Diplomasi MADANI, misi tarik pelaburan

DATUK Seri Anwar Ibrahim meneruskan siri jelajah Diplomasi MADANI ke Republik Rakyat China bagi mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Shanghai dan Hangzhou atas jemputan Premier Li Qiang.

Perdana Menteri berkata, lawatan berkenaan bakal diisi dengan mesyuarat dua hala serta pertemuan bersama peneraju industri ternama demi membawa masuk pelaburan berimpak tinggi ke tanah air.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

“Selain mesyuarat dua hala untuk memperkukuh hubungan diplomatik serta kerjasama dalam pelbagai bidang strategik antara Malaysia dan China, pertemuan bersama wakil syarikat-syarikat terkemuka bakal diadakan demi menarik pelaburan berkualiti dan berimpak tinggi ke Malaysia,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Mengulas lanjut agenda di Shanghai, Anwar berkata, beliau dijadualkan menghadiri Pertandingan WorldSkills Shanghai 2026 bagi memberi dorongan moral secara terus kepada peserta Malaysia yang bersaing di pentas dunia.

Perdana Menteri kemudiannya akan menuju ke Hangzhou bagi memenuhi undangan ke Ekspo Perdagangan Digital Global (GDTE), di mana Malaysia telah dipilih sebagai antara negara tetamu kehormat oleh kerajaan China.

“Moga lawatan kerja selama tiga hari ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan membuahkan hasil yang positif buat kedua-dua negara, Insya-Allah,” tambah beliau.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here