Najib tidak mampu bayar denda RM50 juta, akaun dibekukan – Shafee

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan tidak berkeupayaan menjelaskan denda RM50 juta yang diletakkan sebagai syarat untuk melayakkan beliau menjalani baki hukuman penjara kes SRC International menerusi tahanan rumah.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib memaklumkan bahawa anak guamnya berdepan kekangan kewangan yang amat kritikal ketika ini.

“Setakat hari ini, Datuk Seri Najib sendiri tidak mampu membayarnya. Beliau tidak mampu membayar,” katanya kepada pemberita selepas prosiding mahkamah membabitkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Muhammad Shafee, kekangan tersebut berpunca daripada tindakan pembekuan akaun bank milik anak guamnya, termasuk akaun Affin Bank yang digunakan bagi penerimaan gaji perkhidmatan beliau sebelum ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa bekas Perdana Menteri itu tidak pernah melancarkan sebarang kempen sumbangan awam bagi meraih dana untuk menjelaskan denda berkenaan.

Dalam pada itu, katanya, pihak pembelaan mahupun Najib sendiri masih belum menerima sebarang dokumen atau surat rasmi daripada Yang di-Pertuan Agong berhubung syarat pengampunan bersyarat tersebut.

Menurut Muhammad Shafee lagi, ketetapan serta terma terperinci mengenai kelayakan menjalani hukuman di bawah tahanan rumah berkenaan masih belum diserahkan kepada pihak guaman.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here