Pelajar maut: Fadhlina arah Jemaah Nazir sekolah jalankan audit keselamatan segera

MENTERI Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek telah mengarahkan Jemaah Nazir sebuah sekolah di Kuala Pilah menjalankan audit keselamatan dengan segera bagi mengenal pasti sebarang ketidakpatuhan berikutan kematian seorang pelajar di sekolah berkenaan.

Katanya, siasatan berhubung kejadian itu sedang dijalankan oleh PDRM dan beliau dimaklumkan seorang pelajar telah ditahan bagi membantu siasatan.

‘’KPM dan pihak sekolah akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada PDRM bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara menyeluruh dan telus,’’ katanya dalam kenyataan melali Facebook hari ini.

Fadhlina yang bertemu dengan keluarga mangsa, turut mengadakan pertemuan dengan warga sekolah pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendapatkan penjelasan berhubung kejadian tersebut dan tindakan yang telah diambil.

‘’ Di peringkat KPM, aspek keselamatan dan pematuhan tatacara di sekolah akan diteliti secara menyeluruh. Tiada pihak akan dilindungi sekiranya didapati berlaku salah laku atau pelanggaran undang-undang. Tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan dan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,’’ katanya.

Beliau berkata, KPM turut menyediakan perkhidmatan kaunseling dan sokongan psikososial kepada keluarga Allahyarham serta warga sekolah yang terkesan akibat kejadian ini.

‘’Dalam saat yang sukar ini, keutamaan kita adalah keluarga Allahyarham. KPM akan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan PDRM dan memastikan kebajikan warga sekolah terus terpelihara,’’ katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here