PM isytihar Kampus UiTM Jalan Othman dinamakan semula sebagai Kampus UiTM Tun Arshad Ayub Jalan Othman

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengisytiharkan Kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jalan Othman, Petaling Jaya, dinamakan semula sebagai Kampus UiTM Tun Arshad Ayub Jalan Othman, sebagai mengenang jasa dan sumbangan tokoh pendidikan itu dalam pembangunan institusi berkenaan.

Anwar berkata keputusan itu dibuat sebagai penghargaan terhadap legasi Allahyarham Arshad, yang bukan sahaja memainkan peranan penting dalam perkembangan Institut Teknologi MARA (ITM) sehingga menjadi UiTM, malah terkenal dengan ketegasan dalam soal mutu pendidikan, tatakelola dan peluasan peluang pendidikan kepada anak Bumiputera.

“Walaupun dia (Arshad) dikenali sebagai tokoh pendidik Melayu yang hebat, tapi dia agak keras, tegas, disciplinarian. Kalau dalam mesyuarat, saya ingat bila saya sudah jadi menteri, dia bagi pandangannya dengan serius, dia tidak pandang tak ambil ringan, terutama keghairahan atau obsession dia tentang pendidikan, mutu pendidikan dan peluang pendidikan anak-anak Melayu.

“Anak-anak muda mungkin tidak dapat mengimbas tetapi zaman beralih, ramai yang menjadi jaguh yang menganggap mereka itu champion yang bicara soal perjuangan Melayu dan sebagainya, tak ramai yang kekal dengan sikap dan tatakelola dan tidak menggunakan nama atau agensi Melayu itu untuk memperkayakan diri atau merosakkan agensi.

“Jadi kita harus belajar daripada beliau. Bukan sekadar pendiri, penegak sistem, tapi cara dia mengurus dan bertanggungjawab, dalam menetapkan sistem dan tatakelola yang baik, sebab itu ITM Jalan Othman meningkat, kerana pengurusan cekap dan menghindari salah laku yang boleh merobohkan institusi itu,” kata beliau ketika berucap pada Himpunan Alumni UiTM Bersama Perdana Menteri di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM di Shah Alam.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here