PM arah UiTM semak kerugian UiTM Holdings

PERDANA Menteri Datuk Seri  Anwar Ibrahim mengarahkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjalankan semakan terhadap tadbir urus dan pengurusan UiTM Holdings berikutan kerugian yang dialami syarikat berkenaan.

Katanya, semakan itu perlu dilaksanakan dengan kerjasama Naib Canselor UiTM dan Jabatan Perdana Menteri, yang akan memberikan sokongan sekiranya diperlukan.

“Jadi kalau boleh Kementerian Pengajian Tinggi ataupun presiden Alumni tu bolehlah tengok dan buatlah laporan supaya kita mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dalam UiTM Holdings,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan hadirin yang menggesa kerajaan dan Persekutuan Alumni UiTM Malaysia meneliti pengurusan UiTM Holdings, yang menurut pelajar berkenaan telah mencatatkan kerugian melebihi RM100 juta ketika sesi soal jawab pada Himpunan Mesra Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini.

Perdana Menteri menegaskan, isu itu perlu melalui proses kajian terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil.

“Ini juga ada kata kita kaji sekarang UiTM Holdings ini. Bukan kita beri hukuman sekarang. Kaji dulu. Apakah kelemahan biasa, itu diperbaiki, itu pengelolaannya,” katanya.

Sebelum ini, UiTM Holdings dilaporkan mengalami kerugian pra-cukai terkumpul sebanyak RM157 juta melibatkan beberapa tahun kewangan iaitu 2017, 2018, 2019 dan 2021.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here