Jenazah Allahyarham Dr Siti Hasmah dibawa pulang ke rumah

JENAZAH Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dibawa keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 10.48 pagi ini untuk dibawa ke kediamannya di The Mines, Seri Kembangan, Selangor.

Tinjauan Bernama di pekarangan IJN mendapati suasana pilu menyelubungi persekitaran pusat perubatan berkenaan sebaik kenderaan yang membawa jenazah isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu bergerak menuju ke kediaman Allahyarham.

Antara ahli keluarga yang dilihat hadir di IJN ialah anak-anak Allahyarham iaitu Datin Paduka Marina Mahathir, Tan Sri Mokhzani dan Datuk Seri Mukhriz.

Beberapa anggota polis bersama dengan pengawal keselamatan IJN turut ditempatkan di sekitar pintu masuk bagi mengawal pergerakan orang ramai serta memastikan aliran lalu lintas lancar.

Selain itu, petugas media turut kelihatan bagi membuat liputan dan mendapatkan perkembangan terkini.

Setakat ini, pihak IJN tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pemergian Allahyarham

Terdahulu, Dr Siti Hasmah disahkan meninggal dunia di IJN pagi ini pada usia 100 tahun.

Jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah akan disembahyangkan selepas solat Asar hari ini di Masjid As Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Kuala Lumpur.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya.

 

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here