KDN,Jabatan Imigresen akan noktahkan krisis PATI, lancar operasi setiap hari– Saifuddin Nasution

MASALAH Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang telah berlarutan sekian lama tidak boleh dibiarkan menjadi bahan yang diwariskan kepada generasi seterusnya.

Ketika menegaskan perkara itu melalui Facebook beliau, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, isu PATI merupakan masalah legasi yang sekian lama membelenggu negara akibat kelonggaran dan ketirisan dalam sistem pentadbiran terdahulu.

‘’Ruang dan kelemahan yang wujud telah dieksploitasi oleh sindiket haram serta majikan tempatan yang tidak bertanggungjawab, sehingga mencetuskan ancaman sosial, ekonomi dan keselamatan yang serius kepada rakyat Malaysia,’’ katanya.

Sehubungan kata beliau, KDN bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menggerakkan 10,374 operasi penguatkuasaan di seluruh negara dalam tempoh 1 Januari hingga 29 September lepas bagi menangani isu pendatang tanpa izin.

‘’Dalam tempoh sama, sebanyak 137,603 individu diperiksa dalam pelbagai serbuan dan operasi di lapangan, manakala 37,313 pendatang tanpa izin ditangkap, ‘’ katanya.

Saifuddin Nasution berkata,  data rasmi Statistik Operasi bagi tempoh tersebut menunjukkan dengan jelas ketegasan operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan:

Katanya, melalui operasi itu 137,603 Individu telah diperiksa, 37,313 PATI telah ditangkap secara terus menerusi operasi JIM.

Mengenai majikan, kata beliau seramai 1,809 Majikan telah ditangkap, dengan majoriti besar iaitu 1,692 daripadanya merupakan warganegara Malaysia yang bersubahat menggaji dan melindungi PATI.

‘’Lonjakan tangkapan majikan berbanding tahun-tahun sebelumnya—daripada 346 majikan (2023) kepada 1,859 (2024), 2,202 (2025), dan 1,809 (sehingga September 2026 sahaja)—membuktikan bahawa pendekatan kita jelas.

‘’Penguatkuasaan tidak boleh hanya tertumpu kepada PATI, tetapi mesti turut sampai kepada pihak yang menggaji, melindungi dan mengambil kesempatan daripada kewujudan mereka,’’ katanya.

Saifuddin Nasution berkata, sebagai Menteri Dalam Negeri, pendirian beliau adalah jelas iaitu  KDN tidak boleh lagi sekadar bertahan atau bertindak apabila sesuatu isu berlaku.

‘’Saya mahu KDN bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI terus mengambil pendekatan ofensif menerusi operasi harian tanpa henti di seluruh negara,’’ katanya.

Sebab itu kata beliau, penguatkuasaan bukan operasi bermusim dan bukan dilakukan hanya apabila sesuatu isu menjadi perhatian.

‘’ Tanpa mengira siapa atau apa kedudukan mereka, KDN dan JIM akan terus memutuskan rantaian salah guna ini demi memelihara kedaulatan dan keselamatan tanah air,’’ katanya.

Beliau mengingatkan kepada warga asing bahawa Malaysia sentiasa mengalu-alukan kedatangan mereka untuk bekerja atau melawat, tetapi semuanya wajib dilakukan menerusi saluran undang-undang yang sah.

‘’Sebarang pencerobohan, pemalsuan dokumen atau tinggal lebih masa akan diburu dan tindakan undang-undang akan diambil tanpa kompromi,’’ tegasnya.

Dalam kenyataan itu, Saifuddin Nasution memberi amaran keras kepada majikan supaya tidak menjadi ntara pihak yang menyuburkan krisis PATI!

‘’Menggaji dan melindungi PATI demi mengaut keuntungan mudah bermakna anda turut menyumbang kepada ancaman terhadap keselamatan negara. KDN dan JIM sedang memburu pihak yang terlibat—tiada lagi ruang untuk berselindung daripada tindakan undang-undang,’’ katanya.

Katanya, beliau akan terus menerajui usaha KDN dan Imigresen dalam menoktahkan isu PATI dan hasilnya mesti dapat dilihat serta dirasai rakyat;

‘’ Kini tiba masanya untuk seluruh rakyat dan majikan bersama-sama memainkan peranan menoktahkan isu PATI,’’ katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here