PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau persiapan akhir Belanjawan MADANI Kelima yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada seluruh pasukan Kementerian Kewangan yang bekerja keras dalam menyiapkan belanjawan berkenaan.
“Mudah-mudahan Belanjawan 2027 ini terus memperkukuh ekonomi, meringankan beban rakyat, membuka lebih banyak peluang dan memastikan manfaat pembangunan dirasai secara lebih adil,” katanya dalam hantaran itu hari ini.

Belanjawan 2027 merupakan belanjawan kelima di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI dan dijangka memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kedudukan ekonomi negara serta memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan.
Pembentangan belanjawan itu akan berlangsung di Dewan Rakyat esok dan bakal menggariskan perancangan kerajaan berkaitan pengurusan ekonomi, pembangunan negara serta langkah membantu rakyat menghadapi cabaran semasa.
Belanjawan berkenaan juga dijangka menjadi antara instrumen utama kerajaan dalam meneruskan agenda reformasi ekonomi dan memastikan hasil pertumbuhan negara dapat diterjemahkan kepada manfaat yang lebih menyeluruh kepada rakyat.





