Polis sahkan insiden tembakan babit anggota, orang awam di Johor Bahru

SEORANG orang awam dilaporkan cedera selepas terkena tembakan dalam kejadian yang membabitkan seorang anggota polis di Jalan Gertak Merah berhampiran Zoo Johor di Johor Bahru hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan masih dijalankan di lokasi.

“Saya sahkan berlaku tembakan membabitkan anggota polis dan mangsa orang awam yang cedera.

“Siasatan di tempat kejadian masih dijalankan,” katanya, lapor BH.

Beliau berkata, pihaknya dijangka mengadakan sidang media berkaitan kejadian itu esok.

Tinjauan di lokasi mendapati sebuah kereta yang dipercayai dipandu mangsa masih berada di kawasan kejadian, manakala pita larangan dipasang bagi mengawal lokasi.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2 petang dengan mangsa dilaporkan terkena tembakan sebelum kenderaannya terbabas dan melanggar sebuah kereta lain yang diparkir berhampiran.

Seorang pengunjung yang berada di kawasan berkenaan mendakwa terdengar dua bunyi seakan-akan tembakan sebelum kedengaran bunyi dentuman.

Mangsa yang dipercayai cedera dalam kejadian itu kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Perkembangan lanjut mengenai kejadian dijangka diperincikan polis pada sidang media esok.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here