PROGRAM Pagi Bebas Kenderaan Kuala Lumpur (KL Car Free Morning) yang dijadualkan berlangsung di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) esok, dibatalkan susulan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) akibat jerebu.
Jawatankuasa Kerja KL Car Free Morning berkata, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira risiko kesihatan peserta, khususnya mereka yang melakukan aktiviti fizikal di kawasan terbuka.
“Acara pada Ahad, 11 Oktober 2026 di Dataran DBKL dibatalkan.
“Keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan semua peserta sentiasa menjadi keutamaan pihak penganjur,” katanya dalam kenyataan.
Pihak penganjur turut memohon maaf atas kesulitan yang timbul serta menghargai sokongan dan pemahaman semua pihak berhubung pembatalan berkenaan.





