Anggota tentera, pelajar dikenalpasti mangsa rentung dalam kemalangan di Kota Tinggi

DUA   individu yang rentung dalam kemalangan   Jalan Tanjung Balau-Sedili awal pagi hari ini dikenal pasti sebagai anggota tentera, Muhammad Daniel Saberi, 21, dan calon SPM Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu, Kota Tinggi Aiza Nur Elysha Sabri, 17.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 4.30 pagi, melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu oleh Muhammad Daniel.

“Siasatan awal mendapati kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas sendiri dan melanggar pokok kelapa sawit berhampiran kawasan kebun, menyebabkan kereta berkenaan terbakar.

“Kedua-dua mangsa rentung di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi proses bedah siasat untuk membantu siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Yusof berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


 

UNDILAH

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img