JPJ sahkan seorang anggota maut, seorang lagi parah terlibat kemalangan di Senawang

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan sorang anggotanya maut, manakala seorang lagi parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan membabitkan dua lori di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran susur keluar Senawang malam tadi.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, kejadian itu berlaku ketika kedua-dua anggota berkenaan menjalankan tugas rondaan mengikut syif masing-masing di lebuh raya terbabit.

“Melalui laporan awal yang kita terima, JPJ sedang melakukan rondaan. Mereka menahan lori di kawasan lorong kecemasan di persimpangan Senawang.

“Tiba-tiba ada sebuah lori melanggar belakang kenderaan JPJ dan juga sebuah lori lain dan mengakibatkan kemalangan,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Buletin TV3.

Kata beliau, berikutan kejadian itu, seorang anggota JPJ disahkan meninggal dunia, manakala seorang lagi cedera parah dan kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Aedy Fadly berkata, pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada polis bagi menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca sebenar kemalangan, termasuk kemungkinan berlaku kecuaian.

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here