Anggota JPJ maut, kenderaan dirempuh ketika buat pemeriksaan lori

SEORANG anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jabatan itu dan dua lori di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dekat susur keluar Senawang di Seremban malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 10.50 malam itu dikatakan berlaku ketika anggota JPJ berkenaan sedang menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah lori di lorong kecemasan.

Bagaimanapun, sebuah lori lain yang datang dari arah belakang dipercayai hilang kawalan lalu merempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) JPJ dan lori yang sedang diperiksa, lapor Sinar Harian.

Setakat ini pihak berkuasa belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kejadian, namun pegawai kanan JPJ Negeri Sembilan mengesahkan seorang anggotanya maut dalam kejadian itu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here