190 warga asing, dua lelaki tempatan ditahan di pusat hiburan

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) menahan 190 warga asing dan dua lelaki tempatan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di ibu negara, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan) Imigresen, Datuk Basri Othman, berkata warga asing yang ditahan terdiri daripada 99 lelaki dan 91 wanita berusia antara 20 hingga 41 tahun.

Menurutnya, semakan mendapati 188 daripada mereka adalah warga Indonesia, manakala dua lagi masing-masing warga Bangladesh dan India.

Dua lelaki tempatan yang dipercayai majikan dan penjaga premis hiburan berkenaan turut ditahan dalam operasi itu.

“Dalam pusat hiburan ini terdapat beberapa bilik yang dijadikan tempat berhibur dan ketika serbuan terdapat antara 50 hingga 60 orang sedang berhibur di dalam setiap bilik berkenaan,” katanya selepas serbuan itu, di Kuala Lumpur, hari ini, lapor Buletin TV3.

Beliau berkata, antara kesalahan imigresen yang dikesan termasuk tinggal lebih masa dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Katanya, serbuan itu turut menemukan serbuk putih yang disyaki dadah di beberapa pinggan serta kondom di dalam bilik hiburan berkenaan.

Beliau tidak menolak kemungkinan wujud aktiviti tidak bermoral di premis itu, bagaimanapun siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti kegiatan sebenar yang berlaku.

Semua individu yang ditahan dibawa ke depot tahanan imigresen untuk dokumentasi dan tindakan lanjut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here