Kanak-kanak lelaki tiga tahun maut jatuh dari tingkat 11

POLIS mengesahkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan tiga tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 11 sebuah bangunan kediaman di Bandar Baru Salak Tinggi Sepang  awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 5.54 pagi hari ini.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Norhizam berkata kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan proses bedah siasat telah selesai dijalankan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

Sehubungan dengan itu, Norhizam menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian berkenaan.

“Individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Farizi Ramlee melalui talian 014-314 5347,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here