Jenazah pegawai AKPS selamat dikebumikan

JENAZAH pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang ditemukan maut di kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Nilai, Negeri Sembilan pada Khamis lepas, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjong, Pengkalan Kubor, awal pagi ini.

Pengebumian Allahyarham Norhazwani Ibrahim, 35, dihadiri ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan.

Terdahulu, jenazah tiba di kediaman keluarganya di Kampung Banjir, Telaga Lanas, pada 1.10 pagi dengan menaiki van untuk disolatkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Abang Allahyarham, Mohd Hazwan, 38, berkata pertemuan dengan adiknya pada pagi kejadian menjadi kenangan terakhir yang amat bermakna kerana beliau tidak menyangka adiknya akan pergi buat selama-lamanya.

Beliau berkata sempat bermalam di rumah adiknya sebelum bertolak pulang ke Kelantan selepas menyelesaikan urusan di Bangi.

Pagi itu saya sempat jumpa adik sebelum balik ke Kelantan. Kami bersembang elok-elok, tiada apa-apa yang pelik berlaku. Sebab itu saya rasa sangat terkilan dan tidak sangka perkara ini berlaku,” katanya kepada pemberita di kediamannya, awal pagi ini.

Pada Khamis lepas, seorang pegawai AKPS ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters KLIA.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here