⁠Wawasan ada asas tetapi bukan hak automatik buat tuntutan – Dr. Mohd Azhar

UMNO mempunyai asas untuk mempertahankan kerusi berdasarkan rekod kemenangan besar di Melaka, kekuatan jentera akar umbi dan hubungan terbina dengan pengundi.

Pensyarah dan Penyelidik Kumpulan Penyelidikan Kenegaraan dan Kesejahteraan Sosial, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM, Prof Madya Dr. Mohd Azhar Abd Hamid berkata, penyerahan kerusi tanpa justifikasi kukuh boleh menjejaskan semangat anggota parti  dan menimbulkan ketidakpuasan di peringkat akar umbi.

‘’Keadaan itu sekaligus mungkin menyebabkan ‘undi protes’ dan ‘mogok’ boleh berlaku dalam kalangan penggerak parti di akar umbi. ⁠Bagaimanapun, pada sisi lain kepentingan gabungan dan usaha mengelakkan pertembungan calon perlu turut dipertimbangkan dengan bijaksana,’’ katanya kepada utusanmelayuplus.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Wawasan Datuk Seri Hamzah Zainuddin bahawa parti mahu mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dan Bemban yang sebelum ini dimenangi oleh Bersatu.

Dr.Mohd Azhar berkata, kemenangan pada PRN 2021 memberikan asas kepada tuntutan Wawasan  tetapi ia bukanlah hak automatik untuk menuntut kedua-dua kerusi tersebut.

‘’⁠Kedua-dua penyandang menang atas tiket Bersatu dalam gabungan PN, bukannya Wawasan yang baru ditubuhkan yang kini ‘berpisah’ dengan Bersatu,’’ katanya.

Beliau berkata, tuntutan Wawasan perlu dinilai secara teliti berdasarkan prestasi penyandang, kekuatan gerak kerja parti dan penerimaan pengundi di kawasan berkaitan.

Kata beliau, ⁠UMNO perlu mengimbangi kepentingan parti dengan keperluan kerjasama politik.

‘’⁠Penolakan tuntutan tanpa rundingan boleh merumitkan hubungan antara parti, manakala penyerahan kerusi tanpa alasan kukuh boleh menjejaskan keyakinan akar umbi.

‘’⁠Pembahagian kerusi (tolak atau terima tuntutan WAWASAN) perlu berasaskan kriteria yang telus, rekod prestasi dan justifikasi strategik yang munasabah,’’ katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here