Kemelut kewangan Lee Zii Jia dan keluarga selesai secara baik

PERTIKAIAN antara pemain badminton profesional negara, Lee Zii Jia dan keluarganya berkaitan isu kewangan serta pengurusan LZJ Management diselesaikan secara baik menerusi proses mediasi di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Perjanjian persetujuan antara semua pihak direkodkan Hakim Mahkamah Tinggi, Leong Wai Hong, selepas proses mediasi berlangsung di kamar hakim.

Pada 2 Julai lalu, Zii Jia, 28, memfailkan saman pemula dengan menamakan LZJ Management, bapanya, Lee Chee Hin; kakaknya, Lee Zii Yii, 30; serta adiknya, Lee Tao, 25, sebagai responden pertama hingga keempat.

Pada prosiding hari ini, Zii Jia hadir bersama bapanya dan adik lelakinya, manakala kakaknya tidak hadir ke mahkamah.

Bagaimanapun, Zii Yii dimaklumkan turut bersetuju dengan perjanjian persetujuan itu dan membenarkan dokumen berkenaan ditandatangani tanpa kehadirannya.

Dalam LZJ Management, Zii Jia merupakan pemegang saham terbesar dengan pegangan sebanyak 90 peratus, diikuti kakaknya sebanyak sembilan peratus dan adiknya satu peratus.

Bapanya, Chee Hin pula merupakan salah seorang pengarah syarikat berkenaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here