Kes bunuh isteri : Suami mangsa direman tujuh hari lagi

LELAKI yang disyaki membunuh isterinya, seorang pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), di kuarters KLIA di Nilai, disambung reman tujuh hari lagi bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, permohonan sambungan reman dibuat di Mahkamah Majistret Seremban hari ini selepas tempoh reman terdahulu yang bermula 16 Oktober tamat.

“Reman bermula hari ini hingga 29 Oktober depan bertujuan untuk melengkapkan siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Harian Metro.

Sebelum ini, suspek dilaporkan menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor selepas disyaki membunuh isterinya di sebuah unit kediaman berhampiran kuarters KLIA pada 15 Oktober lalu.

Suspek yang baru dibebaskan dari penjara atas kesalahan dadah ditahan dan direman sejak 16 Oktober lalu.

Laporan bedah siasat mendapati mangsa, berusia 35 tahun, meninggal dunia akibat tekanan pada leher. Pemeriksaan turut menemukan kesan tikaman pada bahagian perut dan pipi mangsa.

Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here