Pemandu SUV kes kemalangan maut dua rakan ditahan

PEMANDU kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan mengorbankan dua rakan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, berhampiran susur ke Jambatan Pulau Pinang, ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, lelaki berusia 23 tahun dari Bukit Jambul itu hadir ke IPD berkenaan pada jam 1 tengah hari.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing terhadap suspek menunjukkan keputusan negatif dadah dan lelaki itu akan direman esok bagi membantu siasatan.

Menurutnya, hasil bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) mendapati mangsa lelaki, yang menunggang motosikal, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan leher.

“Pembonceng wanita pula meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala susulan kemalangan jalan raya,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, Mohamad Nazhif Faris, 22, dan rakannya, Daniesha Hana Mohd Hairul, 20, dilaporkan maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan yang kemudian meninggalkan lokasi kejadian.

Abdul Rozak berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa yang berasal dari Padang Serai, Kedah, sedang dalam perjalanan dari pusat bandar menuju ke Jambatan Pulau Pinang ketika kejadian.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here