Motosikal bertembung kereta, remaja maut putus tangan kanan

DUA penunggang motosikal maut dalam dua kemalangan berasingan di daerah Pasir Mas, kelmarin termasuk seorang remaja lelaki yang putus tangan kanan selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, dalam kejadian pertama kira-kira jam 5 petang di Jalan Lubok Gong-Jeram Perdah (Jalan Rantau Panjang Lama), mangsa berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Menurutnya, kemalangan membabitkan motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang mangsa dan sebuah kereta Honda Jazz.

“Mangsa dipercayai menunggang motosikal dengan laju sebelum hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

“Akibat jarak terlalu dekat, mangsa gagal kembali ke laluan asal menyebabkan motosikal bergesel dengan bahagian hadapan sebelah kanan kereta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan parah termasuk putus tangan kanan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dalam kejadian kedua pula, Mazlan berkata, pihaknya menerima laporan daripada waris mangsa mengenai kemalangan maut yang berlaku kira-kira jam 8.30 pagi di Jalan Kubang Kuau, Kampung Pohon Stol, Rantau Panjang.

Katanya, mangsa wanita berusia 47 tahun yang menunggang motosikal Yamaha Ego Avantis dipercayai terbabas sendiri sebelum mengalami kecederaan parah di kepala.

“Mangsa meninggal dunia selepas bertarung nyawa selama 19 jam ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img