PRN Melaka: PM umum 21 calon Pakatan Harapan

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan senarai 21 calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November depan.

Perdana Menteri mengumumkan senarai calon itu pada Majlis Pengumuman Calon dan Pelancaran Jentera PRN Melaka PH yang diadakan di pekarangan Stadium Hang Jebat di Melaka.

Yang turut hadir, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari dan Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Daripada jumlah itu, PKR bertanding di sembilan kerusi, DAP tujuh kerusi dan Parti Amanah Negara (Amanah) lima kerusi.

Antara nama yang diumumkan ialah Adly Zahari bagi DUN Bukit Katil, Datuk Azman Abidin (Paya Rumput), Datuk Ashraf Mukhlis Minghat (Durian Tunggal) dan Ginie Lim Siew Lin (Machap Jaya).

Turut disenaraikan ialah Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah (Kuala Linggi), Mohd Yunazri Mustamiri (Tanjung Bidara), Mohd Khuzaire Mohd Kamal Kannan (Rembia), Jegasilan K. (Gadek) dan Denesh A/L Palasubramaniam (Asahan).

Calon lain ialah Farzana Hayani Mohd Nasir (Kelebang), Jason Tze-Xi Nathan (Pengkalan Batu), Kerk Chee Yee (Ayer Keroh), Muhammad Hakimin Mokhtar (Ayer Molek), Seah Shoo Chin (Kesidang) dan Low Chee Leong (Kota Laksamana).

Senarai itu turut membariskan Poo Long Suan (Duyong), Leng Chau Yen (Bandar Hilir), Kapten (B) Mohamad Jaafar (Telok Mas), Esma Eazreen Husin (Rim), Muhammad Faiq Azman (Serkam) dan Rahayu Hamzah (Merlimau).

Pada PRN Melaka 2021, PH hanya memenangi lima kerusi, masing-masing empat menerusi DAP dan satu Amanah, manakala PKR gagal memperoleh sebarang kerusi.

Barisan Nasional (BN) pula mencatat kemenangan besar dengan menguasai 21 kerusi, sekali gus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti lebih dua pertiga, sementara Perikatan Nasional (PN) memenangi dua kerusi.

DUN Melaka dibubarkan pada 23 September lalu bagi memberi laluan kepada PRN ke-16 yang dijadual berlangsung pada 14 November ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Oktober sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal berlangsung pada 10 November.

Berikut adalah senarai calon PH tersebut:

  1. BUKIT KATIL – ADLY BIN ZAHARI

2. KUALA LINGGI – MUHAMMAD MUKHLISUL MUBIN JULASAPIYAH

3. TANJUNG BIDARA –  MOHD YUNAZRI BIN MUSTAMIRI

4. REMBIA – MOHD KHUZAIRIE BIN MOHD KAMAL KANNAN 

5.  GADEK – JEGASILAN K.

6. MACHAP JAYA – GINIE LIM SIEW LIN

7.  DURIAN TUNGGAL – DATUK ASHRAF MUKHLIS MINGHAT

8.    ASAHAN – DENESH A/L PALASUBRANIAM

9 .  PAYA RUMPUT – DATUK AZMAN BIN ABIDIN

10. KLEBANG – FARZANA HAYANI MOHD NASIR

11. PENGKALAN BATU – JASON TZE-XI NATHAN

12. AYER KEROH – KERK CHEEN YEE

13. AYER MOLEK – MUHAMMAD HAKIMIN BIN MOKHTAR

14. KESIDANG – SEAH SHOO CHIN

15. KOTA LAKSAMANA – LOW CHEE LEONG

16. DUYONG – POO LONG SUAN

17. BANDAR HILIR – LENG CHAU YEN

18. TELOK MAS– KAPTEN (B) MOHAMAD JAAFAR

19. RIM :  ESMA EAZREEN BINTI HUSIN

20. SERKAM – MUHAMMAD FAIQ AZMAN

21. MERLIMAU – RAHAYU HAMZAH



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here