‘Saya tidak beli kereta BMW baharu’ – Anwar

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau membeli sebuah kenderaan mewah jenama BMW untuk kegunaan peribadi.

“Ada orang cakap Anwar ini cakap nak tolong orang miskin tapi dia beli kereta besar, kereta baharu BMW… saya tak beli, itu kereta lama… apa pasal mahu tipu,” katanya ketika berucap pada program `Yok! Meriahkan Johor! Undi Harapan’ di Banang Jaya, Batu Pahat malam ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, kenderaan Mercedes-Benz yang sering digunakan ketika ini pula adalah kurniaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

“Yang saya pakai sekarang ini, Agong kurnia dan bukan saya ambil (sebagai hak milik persendirian)… saya daftarkan di bawah Jabatan Perdana Menteri… jangan fikir saya macam orang lain, sakau dan curi duit rakyat,” katanya.

Penafian itu dibuat susulan dakwaan yang tular dalam media sosial berhubung status pemilikan kenderaan BMW yang digunakan Perdana Menteri sebelum ini.

Jabatan Perdana Menteri bersama Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa (BIUPA) dalam kenyataan Isnin lalu memaklumkan kereta jenis BMW yang digunakan Perdana Menteri baru-baru ini adalah aset sedia ada milik kerajaan dan bukannya kenderaan rasmi baharu.

Kenyataan sama memaklumkan kenderaan itu ialah aset di bawah seliaan BIUPA yang dikhususkan untuk kegunaan logistik rasmi negara.

Hadir sama pada program malam ini Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi.

Turut hadir, calon PH bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang iaitu Onn Abu Bakar, Mohd Khuzzan Abu Bakar (DUN Semerah) dan DUN Penggaram, Felicia Poh Rui Ling.

PRN Johor akan berlangsung Sabtu ini dengan PH meletakkan calon di kesemua 56 kerusi DUN.

 

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img