PRN Johor: Anwar rayu rakyat beri mandat kepada calon PH

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon rakyat Johor untuk memberikan kepercayaan kepada barisan calon gabungan itu menerajui pentadbiran negeri tersebut bagi tempoh lima tahun akan datang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

Menerusi hantaran dalam laman Facebook, Perdana Menteri menegaskan iltizam PH untuk memikul amanah tersebut dengan penuh tanggungjawab dan tidak akan sesekali disia-siakan.

“Saya merayu dengan penuh rendah hati agar saudara-saudari memberikan mandat kepada calon Pakatan Harapan untuk memimpin negeri Johor bagi tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Beliau turut memetik sepotong ayat suci al-Quran daripada Surah An-Nisa ayat 58, yang menekankan kepentingan menyampaikan amanah kepada yang berhak serta menegakkan keadilan sesama manusia.

Pada PRN Johor kali ini, PH bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

PRN Johor akan berlangsung 11 Julai ini, manakala pengundian awal pada 7 Julai.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img