‘’Hijau terima biru, Biru terima hijau…jangan alergik lagi’’ – Zahid

SELEPAS Negeri Sembilan (NS), Barisan Nasional (BN) meneruskan persefahaman dengan Pas apabila bersedia bertanding 21 daripada 28 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November manakala Pas bertarung di tujuh kerusi.

BN akan bertanding Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Durian Tunggal, Asahan, Sungai Udang,Pantai Kundor, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Molek,Duyong, Telok Mas,Rim, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai.

Manakala Pas bertanding di Paya Rumput, Bebam, Bukit Katil, Aye Keroh, Bandar Hilir, Kota Laksamana dan Kesidang.

Sehubungan itu dalam ucapan pada Majlis Pengumuman Calon BN di Ayer Keroh, Melaka malam ini,  Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi menyeru penyokong gabungan itu supaya tidak lagi ‘alergik’ dengan Pas.

Ahmad Zahid berkata jika sebelum ini BN yang sinonim dengan warna biru dan Pas dengan hijau saling berbeza haluan, keadaan itu kini perlu berubah susulan persefahaman dicapai kedua-dua pihak.

 

“Sekarang kita ada kawan baharu. Dulu kita alergik dengan hijau dan hijau alergik dengan biru. Mulai malam ini jangan lagi alergik. Hijau terima biru dan biru terima hijau,” katanya.

Beliau, kerjasama itu bukan sekadar membabitkan pembahagian kerusi, malah perlu diterjemahkan melalui sokongan di peringkat akar umbi apabila penyokong masing-masing membantu calon rakan mereka di kawasan ditandingi.

“Di mana kita bertanding, insya-Allah pengundi mereka akan kerja dan undi. Begitu juga (sebaliknya),” katanya.

Kata Ahmad Zahid keserasian antara kedua-dua pihak perlu dibina dengan mengambil kira perubahan landskap politik semasa.

“Insya-Allah kalau keserasian ini dapat kita jalinkan, terowong ke Putrajaya semakin cerah kerana dinamika politik ini kita kena sesuaikan dengan realiti politik baharu,” katanya.

Ahmad Zahid berkata persefahaman telah dicapai di Melaka dengan Pas serta rakannya dan berharap ia turut menyatukan rakan politik lain yang terlibat dalam kerjasama berkenaan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan persefahaman itu tidak bermakna BN atau rakan kerjasamanya perlu mengorbankan dasar perjuangan masing-masing.

“Persefahaman ini bukan lesen untuk gadai perjuangan. Kita kenal dengan dasar perjuangan. Kita tidak gadai dasar, kita bina bersama-sama rakan,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here