Bekas Ratu Thailand, Sirikit, bonda Raja Thailand mangkat pada usia 93 tahun

BEKAS Ratu Thailand Sirikit yang juga bonda kepada Raja Thailand, Taha Vajiralongkorn mangkat di Bangoko pada pukul 9.21 malam tadi  di Hospital Memorial Raja Chulalongkorn, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana.

Menurut kenyataan itu, pasukan doktor yang merawat baginda sejak 7 September 2019 mendapati baginda menghidap beberapa penyakit dan gangguan pada pelbagai sistem tubuh yang memerlukan rawatan berterusan.

Bangkok Post melaporkan, pada 17 Oktober lalu, baginda disahkan mengalami jangkitan pada aliran darah. Walaupun segala usaha rawatan telah dijalankan, keadaan kesihatan Baginda semakin merosot sebelum baginda mangkat pada usia 93 tahun.

Raja Vajiralongkorn menitahkan agar upacara pengebumian diraja dilaksanakan dengan penuh penghormatan mengikut tradisi diraja Thailand.

Baginda turut menitahkan tempoh berkabung selama setahun bagi keluarga diraja dan pegawai istana bermula dari tarikh kemangkatan Permaisuri Sirikit.

Permaisuri Sirikit dilahirkan di Bangkok pada 12 Ogos 1932 dengan nama M.R. Sirikit Kitiyakara, puteri kepada Putera Nakkhatra Mangala dan M.L. Bua Kitiyakara.

Baginda bertemu dan bertunang dengan Raja Bhumibol Adulyadej Yang Agung (Rama IX) ketika di luar negara. Mereka bernikah di Bangkok pada 28 April 1950, dan Baginda dikurniakan gelaran Seri Paduka Baginda Permaisuri pada hari pertabalan Raja Bhumibol, 5 Mei 1950.

Baginda amat disanjung kerana pengabdian sepanjang hayatnya terhadap kebajikan rakyat Thailand. Baginda berperanan penting dalam pembangunan luar bandar, pemerkasaan wanita serta pemeliharaan seni dan kraf tradisional Thai.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img