Ismail tegaskan kekal dapat sokongan 24 ADUN, akan bentang Belanjawan NS 27 November

MENTERI Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim berkata, beliau kekal mendapat sokongan penuh daripada semua 24 ADUN kerajaan.

Katanya, beliau ketika ini  menumpukan perhatian kepada pembentangan belanjawan negeri pada 27 November ini.

“Tak betul dakwaan tak dapat sokongan semua 24 ADUN kerajaan berikan sokongan. Kami sedang fokus kepada penyediaan Belanjawan Negeri Sembilan 2027.

“Saya mendapat sokongan daripada ketua-ketua jabatan, ADUN-ADUN kerajaan termasuk bekas Exco walaupun mereka tidak berada dalam barisan pentadbiran kerajaan negeri.

“Saya berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama sehingga DUN boleh bersidang dan bajet boleh kita luluskan,” katanya kepada medi di Seremban.

Beliau berkata, buat masa ini tiada perubahan dari segi tarikh persidangan DUN dan pembentangan belanjawan yang dirancang perasmiannya pada 26 November, disusuli pembentangan bajet pada 27 November.

Mengenai dakwaan beliau akan meletak jawatan Menteri Besar, Ismail menegaskan sekali lagi bahawa dakwaan itu sebagai khabar angin.

“Itu adalah khabar angin. Kita sudah mempunyai peruntukan yang mencukupi dan kini menunggu perkenan Tuanku Muhriz untuk meneruskannya,” katanya sambil menegaskan bahawa isu letak jawatan itu sengaja dimainkan oleh pihak tertentu terutama menerusi media sosial.

Merujuk kepada prosiding mahkamah yang sedang difailkan oleh bekas anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) bagi mencabar keabsahan pemecatan mereka oleh Tuanku Muhriz, Ismail berkata keputusan mahkamah perlu mendahului sebarang tindakan berkaitan pelantikan barisan Exco baharu.

“Kita sudah bawa ke mahkamah, kita tunggulah keputusan mahkamah, tapi mungkin ada perbincangan dan sebagainya, saya tak pasti,” katanya



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here