Bomba bantu pindahkan lelaki seberat 300 kilogram ke hospital

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang membantu memindahkan seorang lelaki seberat kira-kira 300 kilogram ke Hospital Seberang Jaya, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tasek Gelugor digerakkan ke Kampung Pokok Tampang bagi membantu operasi berkenaan.

“Lelaki itu dalam keadaan sedar tetapi lemah ketika anggota kami tiba. Mereka membantu mengangkatnya ke dalam ambulans kendalian syarikat swasta untuk dibawa ke Hospital Seberang Jaya,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pasukan bomba turut menggerakkan sebuah jentera bomba dan sebuah kenderaan Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi.

Operasi berkenaan tamat pada jam 9.23 pagi.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here