LLM perlu bertanggungjawab jika beri maklumat tidak tepat mengenai TuJu – Fahmi

PENGURUSAN tertinggi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) perlu bertanggungjawab sekiranya didapati menyampaikan maklumat tidak tepat berhubung fungsi aplikasi navigasi TuJu.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, sebarang maklumat yang dikemukakan wakil LLM dalam mesyuarat berkaitan aplikasi berkenaan perlu dipertanggungjawabkan oleh organisasi itu sendiri.

“TuJu adalah aplikasi di bawah jagaan Kementerian Kerja Raya (KKR) dan juga Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

“Sekiranya ada apa-apa maklumat yang wakil mereka sampaikan ketika mesyuarat, mereka perlu bertanggungjawab atas maklumat yang disampaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Saringan Kesihatan Wartawan Yayasan CVSKL di Petaling Jaya hari ini.

Fahmi berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian kerajaan berhubung fungsi TuJu susulan kenyataan Pengerusi LLM, Datuk Seri Hasni Mohammad bahawa aplikasi itu bukan dibangunkan untuk menggantikan aplikasi navigasi sedia ada seperti Waze.

Media sebelum ini melaporkan, Hasni menjelaskan TuJu dibangunkan khusus bagi meningkatkan mutu perkhidmatan di lebuh raya bertol dan bukannya untuk bersaing secara langsung dengan aplikasi Waze.

Mengulas sama ada kerajaan akan memberikan nasihat kepada LLM berhubung fungsi sebenar TuJu, Fahmi berkata, beliau tidak menghadiri mesyuarat yang dimaksudkan dan tidak mengetahui perkara yang dibincangkan.

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here