Mayat wanita berseluar pendek tersangkut pada tali pelampung ditemukan di sungai

ORANG awam dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita yang terapung di Sungai Kuantan berhampiran kawasan parkir Benteng, bersebelahan Shell Jalan Besar di Kuantan tengah hari tadi.

Mayat wanita yang dipercayai berusia lingkungan 30 tahun itu ditemukan kira-kira jam 12.38 tengah hari sebelum penemuan berkenaan dilaporkan menerusi talian kecemasan MERS 999.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, pemeriksaan awal di lokasi mendapati mangsa berada dalam keadaan terlentang dengan tubuhnya tersangkut pada tali pelampung pukat.

Menurutnya, wanita berkenaan memakai baju merah dan seluar pendek putih bercorak hitam ketika ditemukan.

“Hasil pemeriksaan luaran mendapati terdapat kesan calar berdarah pada bahagian dahi mangsa, namun tiada kecederaan lain yang mempunyai unsur jenayah ditemukan.

“Pengecaman identiti mangsa masih belum dapat dilakukan kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Unit Forensik D6 turut dimaklumkan bagi membantu proses pengecaman identiti mangsa.

Mayat wanita berkenaan kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk tindakan lanjut.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here